3 APRIL 2021, KOTA KINABALU

Alhamdulillah tahun ini ABIM Sabah sekali lagi merasa bertuah kerana Sesi Menghadam Ucapan Dasar ABIM (MUDA) telah disampaikan sendiri oleh Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden ABIM Pusat dan moderator oleh Sdra. Mohd Nur Hilmie Bin Milus, Yang Dipertua ABIM Sabah.
Seramai 46 penggerak & pimpinan ABIM Sabah serta ABIM Daerah (Putatan, Ranau & Sandakan) hadir dalam sesi kali ini.

MUDA adalah salah satu program wajib setiap tahun bagi memperkukuhkan lagi kefahaman pemikiran & gerak kerja ABIM dalam dakwah & pembangunan belia selari dengan perkembangan isu semasa.
#MUDA #ABIM

Berikut merupakan pautan Ucapan Dasar Muktamar ABIM Kali Ke-49 untuk bacaan semua. Ia cukup sesuai dibaca oleh setiap penggerak masyarakat tidak kira anak muda mahupun berusia.

Ucapan Dasar ABIM – Kosmopolitan Islam v1 (anyflip.com)

Hebahan oleh,
Unit Media & Arkib
ABIM Sabah

Need Help? Chat with us