๐™Ž๐™€๐™ˆ๐™„๐™‰๐˜ผ๐™ ๐™๐™€๐™‚๐™€๐™‰๐™€๐™๐˜ผ๐™Ž๐™„ ๐™๐™ˆ๐˜ผ๐™ : ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ฉ ๐˜ผ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™™๐™– ๐™†๐™–๐™ง๐™–๐™ข๐™–๐™ ๐™„๐™ฃ๐™จ๐™–๐™ฃ๐™ž๐™–๐™

Karamah Insaniah (Kemuliaan Insan) adalah takrim al-ilahiyy, anugerah kemuliaan yang bersumber dari Allah. Ini membawa maksud bahawa anugerah ini adalah divine origin. Dia mencipta manusia dan Dia memberi manusia kemuliaan (karaa-mah). Allah mengisytiharkan bahawa,

โ€œSesungguhnya Kami telah memuliakan anak cucu Adam dan Kami angkut mereka di daratan dan di lautan dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurnaโ€ – (al-Israโ€™ 17:30).

Ayat ini menjadi asas yang tegas dan tidak berubah tentang Karamah Insaniah. Karamah Insaniah adalah sesuatu yang ‘melekat’ pada diri manusia secara semulajadi (inherent), lahir bersamanya sejak penciptaan Adam dan bukanlah hasil dari perjuangan atau PROSES kematangan dan sejarah pengalaman yang ditempuh oleh manusia. Karamah Insaniah adalah fitrah dan fitrah ini kekal, tidak berubah, sekalipun berlalunya masa. Allah menegaskan bahawa,

โ€œโ€ฆDia telah mencipta manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allahโ€ – (al-Rum 30:30).

Seiring dengan kemuliaan ini ialah hak-hak dan kebebasan yang perlu dipertahankan termasuk hak seseorang sebagai individu atau hak bagi suatu kelompok manusia. Manusia tidak boleh dihina, direndah-rendahkan, didiskriminasi dan dizalimi kerana perbedaan bangsa, kaum, etnik, warna kulit, jantina, agama, usia, keupayaan mental dan fizikal. Mereka berhak untuk hidup aman tanpa gangguan, untuk bebas menjalankan pekerjaan bagi menyara dan membina kehidupan, mereka perlu diberi hak untuk memberi pendapat dan menyuarakan ketidakpuasaan, hak agar pandangan, rungutan dan protes mereka didengari, hak untuk mendapat perhatian, pertimbangan dan pelayanan yang saksama.

Setiap orang manusia harus diiktiraf sebagai memiliki identiti, jiwa dan perasaan dan keunikan masing-masing. Mereka adalah diri yang mempunyai maruah yang perlu diiktiraf dan dihormati. Setiap orang dari mereka adalah entiti yang bermakna untuk masyarakatnya. Ini memberi implikasi bahawa sebarang usaha menafi dan mengenepi hak-hak ini bererti menafikan kemuliaan yang telah โ€˜dipakaikanโ€™ Allah kepada mereka sejak penciptaan insan pertama iaitu Adam lagi. Selagi seseorang itu bergelar insan, selagi itu dia memiliki kemuliaan anugerah ilahi ini.

Karamah atau kemuliaan (dignity) berbeza dari penghormatan (respect), kerana kemuliaan adalah nilai yang sedia ada pada diri manusia sedang penghormatan adalah kesan atau natijah dari perilaku atau akhlak seseorang. Karamah insan juga bukan terhasil dari undang-undang yang digubal. Undang-undang boleh digubal bagi melindungi dan mempertahankan Kemuliaan Insan tetapi undang-undang tidak boleh merungkai atau mencabutnya dari diri manusia. Hak-hak asasi (human rights) yang digubal oleh manusia adalah bukti perakuan manusia terhadap kemuliaan insan yang secara tabiโ€™i sebati dengan diri manusia (human rights are the recognition of inalienable dignity of human beings).

Ini bermakna seorang muslim perlu mengangkat kemuliaan dirinya melampaui batas-batas standard yang dianugerah secara tabiโ€™i oleh Allah. Kemuliaan tertinggi di sisi Allah adalah kemuliaan yang mesti diusahakan oleh manusia dengan cara beriman dan beramal salih. Kemuliaan yang dicapai kerana ketaqwaan akan memberi implikasi yang melampaui batas dunia. Allah menjanjikan balasan terbaik dan darjat yang tinggi di Hari Akhirat nanti. Dan demikianlah โ€œSeminar Regenerasi Umat : Mengangkat Agenda Karamah Insaniahโ€ ini dicadang untuk dilaksanakan bagi peringkat negeri Sabah.

Objektif Seminar ;

i. Memperkasa agenda Karamah Insaniah (Kemuliaan Insan) dalam tatacara kepimpinan di setiap peringkat sama ada dalam Kerajaan mahupun parti politik.

ii. Memberi kefahaman kepada peserta seminar tentang peri penting penerapan nilai ilmu, jati diri dan kepimpinan dalam misi mengangkat karamah insaniah dan khayra ummah.

iii. Memastikan perlaksanaan sistem pendidikan kepada masyarakat dan generasi mengikut dasar Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan prinsip pemerkasaan kemuliaan serta kekuatan seorang manusia.

iv. Memugar dan menghayati bersama agenda kemuliaan insan menerusi Fiqh Sabahiy (Feqah Sabah) dalam menyemarakkan dakwah rentas kaum dan agama bagi memperkuatkan keharmonian masyarakat negeri Sabah.

v. Membincang serta merumuskan pelan tindakan berkesan berdasarkan isi idea pembentangan para panel yang ditampilkan mengikut kepakaran masing-masing ke arah merencana masa depan masyarakat negeri Sabah dan negara Malaysia amnya.

#SRU2021
#KaramahInsaniah

Hebahan oleh,
Unit Media & Arkib
ABIM Sabah

Need Help? Chat with us