Program Ihya’ Ramadhan 1440H – Siri 8

19 Mei 2019, Kunak – Alhamdulillah. Selesai Program Ihya’ Ramadhan 1440H Siri 8 yang diadakan di Kg. Jaya Baru, Kunak yang melibatkan peserta dari kalangan remaja dan belia kampung.

Rombongan ABIM Sabah diketuai oleh Sdra. Jaafar Mahmud, YDP ABIM Sabah dengan kekuatan 10 orang fasilitator.

Program Ihya’ Ramadan merupakan program tahunan bersempena Bulan Famadan yang digerakkan oleh ABIM Sabah melalui portfolio sihat rohani dibawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N. Sabah (JHEAINS) dan Majlis Belia Sabah (MBS).

Tahun ini merupakan tahun ke-15 jelajah Program Ihya’ Ramadan di beberapa daerah terpilih. Tema Program Ihya’ Ramadhan tahun ini ialah “Membina Belia Bertaqwa : Merealisasi Misi Rahmatan Lil ‘Alamin”

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *