Program Ihya’ Ramadhan 1440H – Siri 4

16 Mei 2019, Ranau – Alhamdulillah. Seramai 159 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar asrama tingkatan 1- 5 dari SMK Ranau telah menyertai Prgram Ihya’ Ramadhan 1440H Siri 4 di SMK Ranau.

Program ini digerakkan oleh pimpinan dan sukarelawan GPI-ABIM Ranau yang diketuai oleh Sdra. Mohd Fazli Middie selaku ketua fasilitator.

Program Ihya’ Ramadan merupakan program tahunan bersempena Bulan Famadan yang digerakkan oleh ABIM Sabah melalui portfolio sihat rohani dibawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N. Sabah (JHEAINS) dan Majlis Belia Sabah (MBS).

Tahun ini merupakan tahun ke-15 jelajah Program Ihya’ Ramadan di beberapa daerah terpilih. Tema Program Ihya’ Ramadhan tahun ini ialah “Membina Belia Bertaqwa : Merealisasi
Misi Rahmatan Lil ‘Alamin”

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *