𝙆𝙪𝙣𝙟𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙃𝙤𝙧𝙢𝙖𝙩 𝘼𝘽𝙄𝙈 𝙎𝙖𝙗𝙖𝙝 𝙆𝙚 𝘼𝙩𝙖𝙨 𝙈𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜𝙪𝙣𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩 & 𝙆𝙚𝙨𝙚𝙟𝙖𝙝𝙩𝙚𝙧𝙖𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙎𝙖𝙗𝙖𝙝

23 MAC 2021, KOTA KINABALU – Pimpinan ABIM Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB. Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Pembangunan Dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah bertempat di Pejabat Menteri KPMKR , Wisma Tun Fuad Stephens Kota Kinabalu. Rombongan ABIM Sabah diketuai oleh Sdra. Moh Nur

Hilmie Bin Milus

, Yang Dipertua ABIM Sabah dan turut hadir Sdra.

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin

, Naib Presiden Abim Pusat bersama 5 orang pimpinan ABIM Sabah.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan pimpinan ABIM Sabah dan meneruskan lagi kerjasama program antara kementerian dan ABIM Sabah yang sudah lama terjalin sejak dulu. Beberapa program berkaitan pembangunan keluarga & remaja telah dicadangkan kepada kementerian untuk dilaksanakan bersama pada masa akan datang.
YB. Menteri juga sempat berkongsi visi dan fokus kementerian pada tahun ini terutama dalam pembentukan masyarakat yang berkualiti, prihatin dan bertanggungjawab agar dapat melahirkan sebuah komuniti yang harmoni.
“Membina Masyarakat Prihatin & Bertanggungjawab”
Laporan oleh,
Unit Media & Arkib
ABIM Sabah
Need Help? Chat with us