Kariah Masjid Istiqomah Taman Olivia, Kepayan Serahkan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Kg. Pasir Putih Putatan Melalui ABIM Sabah

15 Januari 2018, Kepayan – ABIM Sabah menerima sumbangan daripada jemaah kariah Masjid Istiqamah Taman Olivia, Kepayan. Sumbangan ini berbentuk pakaian, keperluan harian dan wang tunai untuk diserahkan kepada mangsa kebakaran Kg. Pasir Putih Putatan. ABIM Sabah akan serahkan semua sumbangan tersebut kepada mangsa kebakaran yang terlibat.

ABIM Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada kariah masjid atas sumbangan yang diberikan. Moga Allah SWT memberikan limpahan rahmat dan memberikan kemurahan rezeki. Agihan seterusnya akan disampaikan hujung minggu ini. InsyaAllah.

Untuk sebarang sumbangan yang ingin disalurkan boleh terus hubungi ABIM Sabah ditalian 088-765110 atau 019-8541982

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *