20 Mac 2020, KOTA KINABALU – Seramai 10 orang pimpinan ABIM Sabah & ABIM Daerah (Ranau & Putatan) serta staf Sekretariat ABIM Sabah (SAS) telah menyertai Bengkel Pembangunan Kapasiti (PeKa) anjuran
Abim Pusat
yang dijalankan secara maya melalui aplikasi Google Meet.
Ini adalah sesi 3 yang melibatkan semua unit ABIM di negeri Sabah, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang memfokuskan memperkemas dan menyusun pengurusan organisasi ABIM di semua peringkat mengikut keperluan semasa.
Terima kasih kepada penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Moga ia akan memberi manfaat kepada semua peserta dan organisasi pada masa hadapan.
“Menuju Organisasi Kelas Pertama”